ASSALAMMUALAIKUM


Tuesday 1 March 2016

PENGENALAN

 



Kerja menurut konsep Islam adalah segala yang dilakukan oleh manusia yang meliputi kerja untuk dunia dan kerja untuk akhirat. Kerja untuk dunia terbahagi kepada dua corak iaitu bercorak aqli (mental) atau bercorak jasmani adalah dipandang penting dan mulia di sisi Islam asal sahaja dibolehkan oleh syarak.


 Islam mewajibkan kerja ke atas seluruh umatnya tanpa mengira darjat, keturunan atau warna kulit, kerana seluruh umat manusia adalah sama di sisi Allah, melainkan ketaqwaannya. Masyarakat Islam adalah sama-sama bertanggungjawab dan bekerjasama melalui kerja masing-masing.


 Berdasarkan kebolehan dan kelayakan bidang masing-masing kerana segala kerja mereka adalah bersumberkan iman dan bertujuan untuk melaksanakan amal soleh. Kerja adalah asas penilaian manusia dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan bumi ini sekaligus beribadat kepada Allah. 


  Kerja juga merupakan cara tabi’I untuk manusia mencari nafkah bagi menyara hidup dan keluarga melalui berbagai sector pekerjaan dan perusahaan yang sedia terbuka peluangnya dengan persediaan dan kemudahan alam yang Allah sediakan di atas muka bumi ini. 



No comments :

Post a Comment

}, 10); Islam Allah