Al-Sidq (Benar)
Ia akan menjamin dalam
mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat
tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan,
kanak-kanak atau dewasa.
I.Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau benar menepati apa
yang sebenarnya.
II.Benar pada niat – membuat sesuatu amal
kebajikan kerana Allah.
III.Benar pada azam – membuatkan tekad
melakukan kebajikan seperti yang telah diazam.
IV.Benar pada janji dan benar pada amal – berusaha
bersungguh-sungguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi
dalam dirinya.
V.Benar pada niat dan perbuatan --mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa
niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan.
Fatanah (Bijaksana)
- Bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan
- Menggunakan segala potensi, keupayaan dan kepakaran untuk
menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah.
- Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi
dan berkualiti.
- Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang
saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengira perasaan dan emosi.
- Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan
profesionalisme.