ASSALAMMUALAIKUM


Thursday 25 February 2016

Sifat pekerja

Al-Sidq (Benar)

Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.
I.Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau benar menepati apa yang sebenarnya.
II.Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah.
III.Benar pada azam – membuatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam.
IV.Benar pada janji dan benar pada amal – berusaha bersungguh-sungguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.


V.Benar pada niat dan perbuatan --mempunyai niat yang baik dan jujur  dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi ataupun mengharapkan balasan.


Fatanah (Bijaksana)



  1. Bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan
  2. Menggunakan segala potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah.
  3. Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.
  4. Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengira perasaan dan emosi.
  5. Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

No comments :

Post a Comment

}, 10); Islam Allah