ASSALAMMUALAIKUM


Monday 22 February 2016

Hubungan Pekerja Dengan Majikan




Prinsip am berkenaan hubungan antara kedua-dua pihak ini adalah seorang majikan bertanggungjawab secara vikarius ke atas perbuatan pekerjanya yang terbit daripada pekerjaannya, sama ada perbuatan itu diarahkan oleh majikannya ataupun tidak.

Ini ditegaskan oleh Lord Reid dalam kes Staveley Iron And Chemical Co. lwn. JOnes Ltd., dimana dia berkata,  ''Adalah menjadi satu peraturan undang-undang bahawa seorang majikan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami oleh pihak ketiga akibat dari perbuatan atau kecuaian pekerjanya yang terbit daripada pekerjaannya, walapun dia(majikan) tidak melakukan kesalahan tersebut.'' 

Ini bermakna bahawa supaya majikan bertanggungjawab, perbuatan ataupun kecuaian pekerja itu mestilah terbit daripada pekerjaannya. 


No comments :

Post a Comment

}, 10); Islam Allah