ASSALAMMUALAIKUM


Saturday 27 February 2016

Syarat-Syarat Pekerja Menurut Al-Qu'ran

             
       1.Niat ikhlas kerana Allah 
•Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemulian insan.
•Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan,
•membawa kedamaian dan kesejahteraan
•serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

                                         
2. Semangat bekerja, sebagai mana firman Allah swt.
  
      "Maka apabila kamu telah selesai dari suatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap". ) Al-Insyirah[94]:7-8).
        Contoh semangat bekerja:
**Sentiasa bekerja keras tanpa lelah.
**Sentiasa bersikap dinamis.
**Mula dengan kerja yang lain apabila berakhir suatu pekerjaan.


3.Skill and knowledge (Keahlian dan Pengetahuan).
*Wajib mengetahui dan memahami dasar-dasar ilmu yang dimiliki.
**Harus paham tentang tugas-tugas dan mengerjakannya dengan baik.
**Jangan mudah puas dengan apa yang sudah dimiliki.
* Kata Umar, berkaitan dengan dunia perdagangan,

 "Tidak memasuki pasar kita kecuali orang yang paham".
 Maksudnya  seorang  pedagang wajib mengetahui hukum-
 hukum asasi yang berkaitan dengan perdagangan.




     4. Muklhish


        **Ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan,

**Sentiasa ikhlas kerana Allah.
*Berhati bersih, jauh dari penyakit hati yang akan merosakkan amalnya*. Secara umum
 Rasulullah saw menyatakan,
  "Allah tidak akan menerima suatu perbuatan, melainkan yang dikerjakan
   dengan ikhlas dan hanya berharap redha-Nya". (HR. an-Nasai).



5.Tidak merendahkan pekerjaan orang lain.
**Kita tidak boleh merendahkan pekerjaan orang lain
**Sifat yang tidak disukai Allah.
**Suatu hari akan boleh membinasakan diri sendiri


6. Jauhi saling mencurigai dan gosip.

**Jangan suka mengumpat atau mengata tentang seseorang.
**Akan mendapat hukuman yang teruk.
**Sifat suka mencurigai orang ini adalah sifat yang dibenci Allah dan masyarakat.



No comments :

Post a Comment

}, 10); Islam Allah